Teknik Suntingan Foto Terbaik

Front Cover
PTS Media Group Sdn Bhd, 2014 M09 10 - 160 pages

 Ketahui rahsia teknik suntingan terbaik daripada pengasas laman web terkenal sifoo.com iaitu Imran Abdul Jabar. Buku ini memuatkan 23 tutorial teknik suntingan foto terbaik antaranya adalah Cross Process, Texture, Topaz, Lomography, Bleach Bypass, dan lain-lain. Teknik yang dihasilkan menggunakan perisian grafik editor terkenal iaitu Adobe Photoshop.

Buku ini menerangkan bagaimana menghidupkan gambar supaya nampak berkualiti, hebat, dan berkeyakinan berbanding gambar asal. Teknik-teknik yang dibentangkan jelas memaparkan langkah-langkah yang mudah dan rapi untuk kemudahan kepada pembaca mengikutinya. Sudah pasti gambar yang telah disunting menghasilkan efek yang memukau dan berkesan.

Buku ini sesuai bagi penggiat fotografi yang mencari-cari teknik terbaik cara suntingan foto. Memaparkan kompilasi teknik-teknik suntingan foto yang popular. Foto akan nampak hebat dan hidup dengan teknik suntingan ini.

Tips Tambahan

Setiap langkah yang dilakukan dalam buku ini disusuli dengan penjelasan secara teori dan detail. Terdapat juga langkah yang tidak begitu spesifik, iaitu penggunaan setting dalam Photoshop bergantung pada kesesuaian imej ataupun cita rasa para pembaca. Buku ini bukan buku mempelajari Photoshop daripada peringkat asas. Sekiranya pembaca tidak mahir mengendalikan Photoshop, mohon rujuk teknik asas daripada sumber lain seperti buku, majalah, dan Internet. 

Selain itu juga, bahasa dan istilah-istilah yang lazim dalam penggunaan komputer dan Internet akan dikekalkan dalam bahasa asal seperti copy, paste, dan download.Photoshop Actions untuk teknik-teknik dalam buku ini boleh diperoleh daripada laman web http://imranabduljabar.com. 

 

Common terms and phrases

Bibliographic information